DuniaSemasa

Budak 10 tahun, mati dibunuh kejam ibu sendiri

BOBIGNY: Ibu kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun ditahan polis Perancis apabila menjumpai mayat kanak-kanak itu disumbat ke dalam beg pakaian di luar bandar Paris.

Mayat kanak-kanak lelaki malang itu ditemui semalam di bandar Ferrieres-en-Brie, di timur Paris.

Pendakwa raya wilayah berkata, ibu mangsa yang berusia 33 tahun dicari polis dan ditahan di bandar Choisy-le-Roi berhampiran rumah ahli keluarganya.

Perkara yang mendorong pihak polis untuk memulakan operasi mencari ketika kebimbangan tercetus apabila tompokan darah ditemui di rumah suspek.

Pendakwa raya dari bandar Meaux, Laureline Peyrefitte, berkata carian polis membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak itu disumbat dalam beg beroda, kemudian diletakkan dalam tong sampah berhampiran rumah keluarganya.

“Dia mengalami beberapa kecederaan serius, kemungkinan besar disebabkan oleh tikaman,” katanya.

Satu proses bedah siasat diarahkan untuk menentukan punca sebenar kematian. – AFP

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button