DuniaSemasa

Pelajar dihalau solat luar bangunan sekolah

Dalam kesejukan cuaca di London, beberapa pelajar beragama Islam terpaksa menunaikan solat Jumaat diluar bangunan sekolah kerana dihalau oleh seorang tenaga pengajar di The Oldham Academy North.

Sekumpulan pelajar yang sedang menunaikan solat Jumaat di dalam bilik darjah pada waktu makan tengah hari didakwa dihalau keluar oleh guru secara agresif sehingga solat mereka terbatal.

Menurut laporan Daily Mail, lapan orang pelajar itu menunaikan solat Jumaat dengan memakai sut sekolah sahaja tanpa mengenakan apa-apa pakaian tebal bagi melindungi diri mereka dari kesejukan.

Imej tular memaparkan lapan pelajar sekolah menunaikan solat tanpa sut tebal

“Usai sembahyang pelajar itu bergegas mengambil beg dan kasut mereka sambil diperhatikan salah seorang petugas sekolah,” katanya.

Kejadian itu sekaligus mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengguna media  sosial berang akan tindakan pihak sekolah dan guru tersebut.

 

Sehubungan itu, pihak institusi pendidikan itu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas tindakan tersebut dan menjelaskan bahawa pelajar tidak  dibenarkan sembahyang kerana banjir serta kerosakan teruk di beberapa bilik darjah.

“Kami ingin meyakinkan semua orang bahawa kami tidak akan memaksa sesiapa pun untuk solat di luar. Sebaik sahaja pihak sekolah dimaklumkan bahawa ruang untuk solat diperlukan dan sesiapa pun dibenarkan jika ingin menggunakannya pada hari persekolahan.

“Pelajar, kakitangan dan komuniti kami lebih bermakna kepada kami berbanding perkara lain. Kami akan sentiasa melakukan segala-galanya untuk memastikan mereka diberi peluang terbaik dalam hidup.” jelas jurucakap institusi pendidikan itu.

 

Related Articles

Back to top button