Covid19Semasa

Perlis dijangka negeri pertama yang akan ke Fasa 3

berita gembira

Kangar : Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengatakan, dengan perkembangan terkini vaksinisasi covid-19 di negeri tersebut yang sudah mencapai 36.1 peratus, Perlis tidak lama lagi akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perlis kini hanya kurang  3.9 peratus kadar penvaksinan untuk dewasa bagi melayakkan mereka memasuki Fasa 3.

Bagi memasuki Fasa 3 dari Fasa 2, kerajaan sudah menetapkan nilai ambang yang perlu dipenuhi. Iaitu kadar penvaksinan untuk dua dos mencapai 40 peratus, keadaan di ICU berada pada tahap selamat, dan kes jangkitan covid-19 berada di bawah parah 2,000.

Dalam sidang khas maya bersama MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin, beliau berkata, “Saya juga telah mengesyorkan supaya semua sektor peruncitan di seluruh Malaysia dibenarkan beroperasi semula termasuklah kedai makan, restoran, gerai makan dan lain-lain lagi, bagaimanapun syaratnya semua petugas dan pelanggan setiap premis runcit mestilah telah menerima dua dos vaksinasi selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.”

Perlis adalah antara lapan negeri yang telah memasuki Fasa 2 selain Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, dan Kelantan.

  • Bernama

Related Articles

Back to top button