Perintah berkurung diisytihar di Guinea
MOSCOW : Pemberontak di Guinea mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara selepas mengumumkan berjaya menahan Presiden Alpha Conde.
“Perintah berkurung seluruh negara akan dikenakan sehingga dimaklumkan kelak,” lapor harian Quest-France pada Ahad.
Kumpulan pemberontak turut memaklumkan askar akan mengambil alih jawatan gabenor dan pegawai tempatan.
Kumpulan itu juga akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri Kabinet dan pegawai tinggi lain pada Isnin pagi, lapor Ouest-Perancis dan Le Figaro.
Guinea's president Alpha Conde has been arrested by the military. Earlier heavy gunfire was heard in the capital. #Conakry #Militarycouptinguinea pic.twitter.com/h9ZgQtipGo
— Baillor Jalloh (@baillorjah) September 5, 2021
Pada Ahad, pihak berkuasa Guinea memaklumkan istana presiden telah diserang pemberontak dan presiden ditahan. Pemimpin kudeta, Mamady Doumbouya, turut mengumumkan pembubaran kerajaan serta memansuhkan perlembagaan dan menutup sempadan.
Doumbouya berkata presiden dalam keadaan selamat dan tempat beliau ditahan dirahsiakan.
Presiden Alpha Conde memenangi penggal ketiga dalm pemilihan yang mencetuskan kontroversi tahun lalu, berikutan keputusannya untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan beliau menjadi presiden untuk penggal ketiga. Ia telah mencetuskan rusuhan walaupun perlembagaan diubah melalui referendum.
Penyokong tentera pemberontak turun ke jalan-jalan di ibu negara (Conakry) selepas rampasan kuasa sambil melaungkan slogan memuji tentera menurut media tempatan.
Sementara itu, Perwakilan Tinggu Kesatuan Eropah (EU) untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Keselamatan Josep Borrell mengecam rampasan kuasa itu dan meminta pemberontak membaskan presiden.
Pemberontak berikrar untuk memastikan keselamatan penduduk tempatan, kata junta yang kini dikenali National Rally and Development Committee (CNRD).
“Semua langkah akan diambil untuk memastikan keselamatan rakyat dan harta benda mereka,” menurut CNRD dalam satu kenyataan.
-BERNAMA
Oleh Hafeez Anuar