Semasa

Perdana Menteri seru umat Islam hayati kitab suci Al-Quran

KUALA LUMPUR : Umat Islam di seluruh Malaysia diajak untuk membaca dan menghayati al-Quran agar tergolong dalam kalangan insan yang bertakwa.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di Facebook berkata Ramadan merupakan antara masa yang terbaik buat umat Islam untuk menghayati isi kandungan kitab suci itu dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah S.W.T.

“Pada 17 Ramadan, ayat pertama al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’.

“Alhamdulillah, Fasa Peralihan Ke Endemik kini juga membolehkan kita bersama-sama bertadarus di masjid,” katanya.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button