Perbuatan fitnah memecahkan ummah
Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today
Bahasa boleh memberi kebaikan kepada masyarakat dan juga keburukan. Kini, selain menjaga lidah kita perlu berhati-hati ketika menulis dalam media sosial.
Teknologi semakin pesat dan majoriti masyarakat menggunakan media sosial seperti Facebook untuk mengetahui isu-isu semasa. Semua maklumat boleh didapati di hujung jari dengan pantas tetapi adakah ia benar atau palsu?
Fitnah selain mulut, ia boleh berbentuk dalam penulisan boleh disebarkan di media sosial. Ia akan mewujudkan situasi dimana segelinitir pihak akan memberi komen yang bersifat cacian dan makian. Ini akan memberi pandangan buruk terhadap masyarakat Islam.
Baginda Nabi SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Sungguh Aku menciptakan makhluk yang lisan mereka lebih manis daripada madu, tetapi hati mereka lebih pahit daripada getah maka Aku bersumpah akan sediakan kepada mereka fitnah yang membiarkan orang berilmu di antara mereka dalam keadaan bingung maka sama ada dengan Aku mereka tertipu atau terhadap Aku mereka menentang.” Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Dulu, fitnah disebarkan melalui lisan dan mengambil masa yang lama untuk tersebar. Namun, dengan kepesatan teknologi kini setiap isu dan maklumat mengambil beberapa saat sahaja untuk tersebar ke searat dunia.
Masyarakat perlu bijak menapis setiap maklumat yang dibaca dan buat rujukan sumber untuk mengetahui kesahihannya.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat serta (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian).” Surah an-Nur ayat 19
Oleh itu, setiap berita yang diperoleh perlu ditapis sebelum disebarkan agar mengelakkan diri dari menyebar fitnah.