Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof
PRAGUE : Krisis Ukraine boleh menyebabkan lebih daripada satu perlima manusia, atau sehingga 1.7 bilion orang jatuh miskin dan kelaparan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, peperangan ini telah melancarkan serangan senyap ke atas dunia membangun.
“Semua orang melihat tragedi di Ukraine, krisis ini dapat menjerumus 1.7 bilion orang lebih daripada satu perlima daripada manusia ke dalam kancah kemiskinan dan kelaparan secara berterusan, skala tidak dilihat dalam beberapa dekad,” kata Guterres.
Negara Ukraine dan Rusia, menyumbang sebanyak 30% daripada pengeluaran gandum dan barli dunia, satu perlima daripada semua jagung dan lebih separuh daripada semua minyak bunga matahari.
Gutteres menjelaskan Ukraine dan Rusia menyumbang satu pertiga daripada gandum yang diimport kepada 45 negara yang kurang maju.
Selain itu, krisis Ukraine telah menyekat eksport bijirin dan mengganggu rantaian bekalan, menyebabkan harga melambung tinggi.
Sejak awal 2022, harga gandum dan jagung telah meningkat sebanyak 30%, harga minyak mentah Brent telah meningkat lebih daripada 60%, manakala harga gas dan baja meningkat lebih daripada dua kali ganda.
“Pembaharuan global yang akan mengubah kewangan sistem kewangan dunia, yang kaya lebih kaya, yang miskin lebih miskin,” gesa Guterres.
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, konflik Ukraine akan menurunkan konflik untuk 143 ekonomi tahun ini, secara kolektif membentuk 86% daripada KDNK dunia.
Ketua-ketua IMF, Bank Dunia, Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menggesa tindakan segera bagi keselamatan makanan di tengah-tengah kejatuhan krisis Ukraine, yang menambah kepada wabak COVID-19 ynag masih berterusan.
-AGENSI