Pihak berkuasa Gaza telah mengeluarkan senarai lebih 100 ahli akademik dan penyelidik yang telah dibunuh oleh tentera israel sejak perang meletus lebih tujuh bulan lalu.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan saintis, ahli akademik, profesor universiti dan penyelidik, yang merupakan kumpulan terbilang dalam masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza,” kata pejabat media kerajaan dalam satu kenyataan pada Khamis.
“Ini menghantar mesej yang jelas bahawa mereka berhasrat untuk menghapuskan sepenuhnya saintis dan penyelidik dalam sektor pendidikan,” tambahnya.
‘Perang genosid’
Pakar bedah terkemuka dan profesor perubatan Adnan al-Barsh turut dibunuh.
Menurut Kelab Tahanan Palestin, Barsh, 50, meninggal dunia dalam tahanan israel pada 19 April selepas ditahan bersama doktor lain di Hospital al-Awda di utara Gaza Disember lalu.
Ketika ditanya mengenai kematiannya yang dilaporkan dalam tahanan, tentera israel berkata ia pada masa ini tidak mengetahui kejadian itu.
Kerajaan Hamas menyeru negara-negara bebas di dunia dan semua organisasi yang berkaitan dengan pendidikan di seluruh dunia untuk mengutuk jenayah ini dan menekan pendudukan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai.
Kenyataannya dibuat bersama dengan bantahan pelajar terhadap tindakan israel dalam perang di kampus-kampus di seluruh Amerika Syarikat dan dunia.
Ramai daripada penunjuk perasaan telah menggesa universiti mereka untuk melepaskan diri daripada syarikat yang didakwa menyumbang kepada pencabulan hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI