Pegawai di Gaza berkata kawasan itu berdepan malapetaka kemanusiaan apabila loji janakuasa itu ditutup sepenuhnya akibat kehabisan bahan api.
Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant telah berjanji untuk melancarkan serangan darat di Gaza berikutan serangan mengejut Hamas.
Tentera Israel terus menggempur Semenanjung Gaza untuk hari kelima, membunuh sekurang-kurangnya 1,055 rakyat Palestin. Angka kematian di pihak Israel turut meningkat kepada 1,200 orang.
Hamas terus melancarkan roket ke arah Israel, dengan tentera Israel dan pejuang Hizbullah yang berpangkalan di Lubnan turut berbalas tembakan. Tentera Israel juga mengatakan bahawa peluru yang dilancarkan dari Syria mendarat di kawasan terbuka dalam Israel.