Semasa

Covid-19: 7,654 kes positif hari ini

Sekali lagi melepasi paras 7,000 kes

PUTRAJAYA : Kes jangkitan harian Covid-19 di negara melepasi paras 7,000 apabila merekodkan 7,654 kes positif hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia berjumlah 793,693 kes.

Katanya, Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar dengan merekodkan sebanyak 3,260 kes diikuti Kuala Lumpur (1550) dan Negeri Sembilan (698).

“Kedah mencatatkan 337 kes baharu, manakala Johor (313), Sarawak  (286), Melaka (230), Sabah (225), Pulau Pinang (185), Pahang (180) dan Kelantan (118).

“Manakala Perak, ia mencatatkan 94 kes baharu, Wilayah Persektuan Labuan (82), Terengganu (61), dan Putrajaya (33) manakala Pelris merekodkan dua kes ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) –  Aqil Azfar / AJ

Related Articles

Back to top button