Semasa

Peranan JAKIM diperluas satu pengiktirafan buat jabatan

KUALA LUMPUR: Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) satu pengiktirafan bagi fungsi dan peranan semasa jabatan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata komitmen ini membuktikan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar memberikan medan lebih luas kepada jabatan berkenaan memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

“Kerajaan Perpaduan meletakkan hala tuju dan agenda yang jelas mengenai pembangunan Islam dalam pentadbiran negara. Sekarang ini menjadi cabaran kepada pengurusan JAKIM untuk menyahut cabaran yang diberikan pucuk pimpinan negara kepada JAKIM“.

“Islam adalah cara hidup justeru Perdana Menteri melihat bahawa peranan JAKIM perlu diperluaskan lagi merentasi fungsi-fungsinya yang tradisi dan perlu merentasi bidang-bidang yang lebih luas dan memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara,” katanya kepada BERNAMA.

Ahad lepas, Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan mahu peranan JAKIM diperluas termasuk dalam membantu melakar rangka dasar pembangunan negara berteraskan Malaysia MADANI.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Na’im berkata JAKIM pada masa ini sedang merangka struktur pelaksanaan pengembangan peranannya antaranya untuk memberikan tumpuan kepada penterjemahan aplikasi Maqasid Syariah dan nilai-nilai Islam bersama pelbagai agensi dalam dasar-dasar kerajaan.

“Ini termasuk penekanan dan tumpuan ditujukan kepada pendekatan fungsional dan aktualisasi yang strategik dalam pelbagai aspek kehidupan berasaskan kepentingan dan orientasi maslahah rakyat, dan tidak terhenti kepada perbahasan konsep dan retorik teori semata-mata,” katanya.

Katanya JAKIM juga akan mempergiatkan kerjasama secara kolektif, merentasi pelbagai agensi dan bidang bagi menterjemahkan nilai-nilai Islam dalam dasar merangkumi dasar pembangunan ekonomi, pembasmian kemiskinan, pemuliharaan alam sekitar, pendidikan, pengukuhan sosial dan sebagainya.

Dr Mohd Na’im berkata pelaksanaan dasar-dasar seumpamanya akan menyumbang kepada kesan positif dari sudut fizikal dan rohani seterusnya memberi impak kepada kehidupan rakyat dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa dan masa depan.

Beliau berkata fungsi JAKIM pada masa ini adalah menerajui pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan serta menjadi urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Katanya, ini termasuk pelaksanaan tiga fungsi utama iaitu Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak; Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam dan Penyelarasan Pentadbiran Islam.

Bagaimanapun, pelaksanaan fungsi-fungsi itu melibatkan pelbagai agensi secara terbatas yang berkaitan dengan fungsi berkenaan dan khusus terkait hal ehwal Islam sahaja.


Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button