DuniaEkonomiSemasa

Cubaan seludup daging haram dari Malaysia ke Indonesia gagal

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

JAKARTA – Penyeludupan daging haram dari Malaysia ke Indonesia berjaya digagalkan oleh Unit Kapal Peronda (Satrol) Pangkalan Utama Angkatan Laut Indonesia (Lantamal) XIII Tarakan yang menggunakan jalan laut.

Komander Satrol Lantamal XIII, Kolonel Marin (P), Sahatro Silaban berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung pendedahan penyeludupan daging itu terbongkar selepas dakwaan pengangkutan 10 guni daging haram menggunakan bot laju biasa dari Nunukan ke Badar Tarakan.

Menurut Saharto, pihaknya berjaya merampas daging import seberat 380 kilogram (kg) hasil daripada pengawasan dan rondaan di laluan yang didakwa.

May be an image of indoor
Daging haram yang berjaya dirampas oleh Satuan Kapal Patroli (Satrol) Pangkalan Utama TNI AL (Lantamal) XIII. Sumber Facebook Lantamalxiiitrk

“Berdasarkan hasil pemeriksaan terhadap bot laju Malindo Luxury 8, Angkatan Laut Indonesia menjumpai 10 guni berisi daging import seberat 380kg yang dibawa dari Malaysia tanpa dokumen rasmi.

“Hasil pemeriksaan awal, kargo bot laju Malindo Luxury itu disyaki telah melakukan perbuatan jenayah dalam bidang kuarintin haiwan, ikan dan tumbuhan, maka bukti akan dipindahkan ke agensi berkaitan,” katanya.

Pusat Kuarintin Pertanian Kelas II Tarakan merupakan agensi yang terlibat bagi susulan proses undang-undang seterusnya.

-Agensi

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button