Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
TAIPEI: Penyelidik mengesan virus baru di China, dengan setakat ini puluhan kes telah direkodkan.
Novel Langya Henipavirus (LayV) pertama kali dikesan di wilayah timur laut Shandong dan Henan pada akhir tahun 2018 tetapi virus tersebut baru dikenal pasti dengan rasmi oleh saintis pada minggu lalu.
Menurut penyelidik, virus tersebut berkemungkinan besar ditularkan daripada haiwan kepada manusia. Pihak berkuasa kesihatan Taiwan kini sedang memantau ketat penyebaran virus tersebut.
Para saintis yang menguji haiwan liar menemui RNA Virus LayV terdapat di satu per empat daripada 262 shrews. Selain itu, virus ini juga dikesan oleh penyelidik dalam 2% kambing domestik dan 5% anjing.
Siasatan awal terhadap virus itu digariskan dalam artikel yang diterbitkan oleh saintis dari China, Singapura dan Australia dalam New England Journal of Medicine (NEJM) minggu lalu.
Kepada mereka yang dijangkiti virus ini akan menyebabkan gejala demam, keletihan, batuk, hilang selera makan dan sakit otot.
Sehingga kini tiada kematian dicatatkan. Prof. Wang Linfa dari Pusat Perubatan Duke-NUS, memberitahu Global Times bahawa virus itu dapat dikawal oleh kerajaan dan tidak akan membawa maut atau kes serius.
Dalam masa yang sama beliau tidak memberi jawapan yang pasti sama ada virus tersebut boleh disebarkan melalui manusia atau tidak. Kebanyakkan 35 kes orang yang dijangkiti virus ini terdiri dari kalangan petani, dan individu yang bekerja di kilang.
“Pengesanan kontak rapat dengan 15 ahli keluarga mendedahkan tiada penularan LayV, tetapi sampel ini masih terlalu kecil untuk penyelidik menentukan status sama ada boleh disebarkan melalui manusia ke manusia.”
Para saintis menyusun genom Layv dan menentukan ia adalah henipavirus, kategori virus RNA zoonotik yang turut merangkumi virus Hendra dan virus Nipah.
Virus Hendra menjejaskan antara kuda dan manusia berasal dari Australia manakala virus Nipah adalah wabak penyakit di Asia Tenggara, kedua-dua virus ini dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi.
Pakar penyakit berjangkit sebelum ini sudah memberi amaran bahawa krisis iklim dan kemusnahan alam semula jadi akan meningkatkan risiko virus dihantar daripada haiwan kepada manusia, dalam keadaan ini ia dikenali sebagai ‘limpahan zoonotik’ atau zoonotic spillovers’