Bangi : Dalam kita menghayati ibadah korban sempena Aidiladha yang baru sahaja melabuhkan tirainya, usah kita lupakan tentang saudara seagama kita di Palestin yang tidak senasib dengan kita.
Walaupun peristiwa perang 11 hari yang berlaku pada Mei lalu sudah berakhir, kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin belum lagi terubat sepenuhnya angkara kekejaman zionis Israel yang tidak kenal erti kasihan.
Timbalan Pengerusi MyAqsa Defenders, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery berkongsi tentang konsep penyatuan umat Islam tidak kira daripada pelbagai jenis golongan bagi bersama-sama berganding bahu dalam melawan rejim Israel.
“Pengalaman selama 12 tahun bersama MAPIM, kita sudah selalu masuk di bumi Gaza, jadi tercetus idea bahawa kita perlu bergabung bersama demi perjuangan yang panjang dan berliku malah ada yang sudah dipanggil Allah SWT. Mengimbas kembali langkah gelombang merah yang dilancarkan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia dengan memuatnaik gambar #shameonisrael yang berjaya menggerunkan pihak zionis dan menguatkan jalan kepada membebaskan bumi Al-Aqsa.
Dalam siaran langsung Facebook Townhall Khas MyAqsa Defenders, mereka membincangkan strategi menjelang 2030 dalam usaha untuk melihat Palestin akhirnya bebas dari segala bentuk kekejaman dan penjajahan.
Mereka telah melaksanakan pelbagai projek jangka panjang, sederhana, dan jangka pendek seperti bantuan projek guaman, bantuan untuk kesihatan seperti membina Klinik Al-Aqsa bagi merawat pesakit, bantuan daripada segi ekonomi, perubatan, dan makanan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat kemusnahan harta benda.
Sementara itu, Dr. Sani mengingatkan tentang zionis Israel turut mempunyai badan bukan kerajaan sendiri seperti Jewish National Fund dan Jewish United Funds semenjak 1967 yang cuba meyahudikan Baitulmaqdis dan membantu segala proses pencerobohan Palestin.
“Kita sedang berhadapan dengan pasca perang, ada yang menganggap ia hanyalah menghantar bantuan semata, tetapi realiti sebenar kita perlukan kumpulan yang sangat kuat untuk menilai kemusnahan yang perlu dibina semula dan melibatkan pengetahuan yang tinggi agar diwarisi dari generasi ke generasi.
“Kita selalu dengar Israel cukup risau apabila kesatuan ummah dibina, dengan kata kunci ummah untuk ummah, setiap golongan yang menonton ini adalah pembela Palestin, walaupun perjuangan melalui titisan air mata dan titipan doa buat mereka.
“Walaupun kemungkinan besar kita tidak berjaya menyaksikan Palestin akhirnya dibebaskan, tetapi kita harus kagum dengan pembabitan kumpulan yang sentiasa mencari solusi untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi di Palestin.
“Kerana perjuangan kita lebih besar dari individu dan organisasi. Perjuangan kita adalah untuk bersatu dan membebaskan Palestin dan Al Quds dari sebarang bentuk penjajahan,” kata Dr. Sani lagi.
Untuk rekod, MyAqsa Defenders atau MAD adalah satu gerakan anak muda dari pelbagai CSO (Civil Society Organisation) merangkumi NPO, NGO, IDOs (Impact Driven Organisations), selebriti dan pempengaruh yang ingin memperjuangkan isu Palestin secara holistic dan strategik.
Misi MAD adalah untuk memastikan keberkesanan dan campur tangan sosial yang mampan untuk Al-Quds dan menjadi sebuah gabungan solusi yang dipercayai berkaitan dengan isu Al-Quds menjelang 2030.
Oleh Hafeez Anuar
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia