ISLAMABAD : Situasi banjir di Pakistan masih belum reda sepenuhnya, namun penduduk yang terjejas akibat bencana itu berdepan cabaran baharu, iaitu penularan penyakit berjangkit dan bawaan air.
Menurut laporan media antarabangsa, lebih 90,000 orang dirawat dalam sehari di kawasan yang dilanda banjir di selatan Pakistan susulan dijangkiti penyakit seperti malaria, demam denggi, cirit-birit dan masalah kulit.
Overall the situation in Sindh is very bad, we are organising medical camps all over the province. Most of the cases we are seeing now are of dengue patients followed closely by malaria," Dr Abdul Ghafoor Shoro, secretary general of the Pakistan Medical Association, told the BBC.
— Ashis Basu (@BasuAshis) September 15, 2022
“Secara keseluruhannya, situasi di Sindh amat teruk, banyak kem perubatan dibangunkan di kebanyakan kawasan.
“Kem-kem perubatan itu menempatkan penduduk yang dijangkiti demam denggi dan malaria yang semakin merebak,” kata Dr. Abdul Ghafoor Shoro, Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Pakistan.
Beliau memaklumkan bahawa beberapa wilayah lain turut dilanda jangkitan wabak itu dan semakin bertambah setiap hari.
Dalam pada itu, Dr. Abdul Ghafoor juga tidak menolak kemungkinan penularan wabak itu akan menjadi lebih teruk menjelang minggu akan datang.
Kelmarin, sebanyak 588 kes malaria dengan 10,604 lagi kes yang disyaki, malah 17,977 kes cirit-birit dan 20,064 penyakit kulit.
Sejumlah 2.3 juta pesakit sudah dirawat sejak 1 Julai lalu di lapangan dan hospital bergerak yang didirikan di wilayah banjir.
Sudah lebih dua bulan Pakistan dilanda banjir yang telah menjejaskan hampir 33 juta orang di negara Asia Selatan yang berpenduduk 220 juta itu.
Ia memusnahkan rumah, tanaman, jambatan, jalan raya dan ternakan dengan kerugian yang dianggarkan AS$30 bilion (RM136 bilion).
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara juga melaporkan sebanyak 1,508 kematian termasuk membabitkan 536 kanak-kanak dan 308 wanita.
Ratusan ribu orang kini kehilangan tempat tinggal dan amat memerlukan sokongan dari segi makanan, tempat tinggal, air minuman bersih, tandas dan ubat-ubatan.
Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016