Covid19DuniaSemasa

Peningkatan kes Covid-19, negara Eropah tarik balik sekatan

Chisinau : Peningkatan kes Covid-19, mungkin disebabkan oleh varian BA2 yang lebih mudah menular di beberapa negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis, Itali dan Britain yang menarik balik sekatan Covid-19 secara melulu.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Dr Hans Kluge, memaklumkan beliau ‘optimis namun tetap berwaspada berkaitan perkembangan pandemik di Eropah katanya pada sidang akhbar di Moldova.

Katanya, jangkitan coronavirus semakin meningkat di 18 daripada 53 negara di benua Eropah.

“Terdapat negara yang mencatatkan peningkatan ketara kes jangkitan seperti United Kingdom (UK), Ireland, Greece, Cyprus, Perancis, Itali dan Jerman.

“Sebab utama peningkatan ini berkemungkinan akibat varian BA2, yang lebih mudah menular, namun kurang berbahaya berbanding varian lain.

“Justeru, negara-negara itu boleh menarik balik sekatan yang terlalu ketat, mengurangkannya sehingga tahap yang boleh diterima penduduk,” katanya.

Menurut pangkalan data WHO, jumlah kes baharu Covid-19 di Eropah meningkat semula sejak awal bulan ini, selepas kes di sana turun mendadak pada akhir Januari.

Sepanjang tempoh tujuh hari lalu, lebih 5.1 juta kes baharu dan 12,496 kematian dilaporkan di benua Eropah.

Itu menjadikan jumlah kes sejak permulaan pandemik kepada hampir 194.4 juta dan jumlah kematian kepada lebih 1.92 juta.

Menurut pakar, imuniti yang berkurang dan subvarian BA.2 Omicron lebih pantas menular menyebabkan jangkitan Covid-19 di Eropah Barat melonjak sekali lagi apabila negara mula menarik balik sekatan.

Kebanyakan benua seperti Britain, Perancis, Jerman dan Itali menyaksikan kebangkitan semula jangkitan dengan pantas sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas lebih sebulan penurunan kes.

Manakala di Jerman, walaupun terdapat rekod harian baharu hampir 300,000 jangkitan, kerajaan membenarkan sekatan Coronavirus ditamatkan pada hujung minggu ini, manakala di Perancis, kes meningkat lebih satu pertiga dalam seminggu sejak kerajaan menamatkan kebanyakan sekatan.

Pada 1 Mei kerjaan Itali mengumumkan akan menghapuskan hampir semua sekatan, walaupun kes semakin meningkat, sementara di Britain kerajaan menghapuskan sekatan perjalanan antarabangsa bermula Jumaat ini.

Sebaliknya, Austria mengenakan semula peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka FFP2, hanya beberapa minggu selepas tindakan itu ditarik balik.

Walaupun sesetengah pihak menyalahkan kerajaan kerana melonggarkan sekatan terlalu cepat, ahli epidemiologi turut menyatakan sub BA.2 varian Omicron yang kini dominan di banyak negara turut menjadi punca peningkatan kes.

– Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button