Pengunjung rebut pahala dalam Malam Bangi Berselawat 2.0
Karnival Perkampungan Ummah mengimarahkan masjid dengan berselawat ke atas Nabi SAW

BANGI: Malam Bangi Berselawat 2.0 telah memeriahkan lagi suasana di Karnival Perkampungan Ummah sempena 22 tahun Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada Sabtu malam.
Malam kedua Karnival Perkampungan Ummah di Masjid Al-Hasanah diisikan dengan merebut pahala berselawat secara berjemaah bersama Yayasan Al-Jenderami.
Program ini mendapat sambutan luarbiasa terutamanya daripada kariah yang di tinggal di sekitar Masjid Al-Hasanah malah ada juga yang datang dari jauh. Dapat dilihat jemaah muda serta berusia berkumpul bersama menjayakan program penuh berkah ini.
Suasana hujan yang renyai bermula dari petang sehingga malam tidak melunturkan kehadiran jemaah untuk hadir dan merebut peluang berkumpul dalam Malam Berselawat Bangi 2.0 di Karnival Perkampungan Ummah Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi ini.
Terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti yang diadakan sehingga Ahad seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh MAPIM Malaysia, Sunathon 2.0 , cabutan bertuah dan banyak lagi.
Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Karnival Perkampungan Ummah sempena 22 tahun Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi yang akan melabuhkan tirainya pada malam ini.