RamadanSemasa

Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah boleh berbelanja dengan e-dompet

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesahkan seramai 80 peniaga akan menjayakan ‘Bazar Ramadan Rahmah’ di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV sepanjang Ramadan kali ini.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, ia merupakan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Kredit foto Unit Media KPDN

“Antara yang akan menawarkan Menu Rahmah di bawah RM5 ialah peniaga ayam percik, lemak bakar, dan banyak lagi. Selain itu, para pengunjung juga akan menerima e-dompet bernilai RM20 seorang,” katanya semasa sidang akhbar di stor penyimpanan barang kes KPDN Kelantan, Pengkalan Chepa pada Selasa.

Menurut beliau lagi, bayaran itu akan diberikan melalui operator atau penyedia platform e-dompet yang bekerjasama dengan kementerian.

KPDN menyediakan peruntukan RM2.3 juta sebagai insentif yang akan diberi kepada kira-kira 96,000 pengunjung Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, sebelum ini berkata melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) itu, pengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal menerima e-dompet bernilai RM20 seorang melalui operator atau penyedia platform e-dompet yang bekerjasama dengan kementeriannya.

BACA JUGA
MAPIM Malaysia meriahkan Program Ihya Ramadan SMK Nilai Impian

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button