Semasa

Shah Firdaus raih emas di Brisbane

Rampas takhta juara bertahan, Azizulhasni Awang

BRISBANE 29 Mac – Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom telah merampas takhta rakan senegara dan juga juara bertahan, Azizulhasni Awang apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021 pada Ahad.

Azizulhasni menamatkan saingan di tempat kedua manakala pelumba tuan rumah, Matthew Richardson menduduki tempat ketiga dalam saingan di Velodrom Anna Meares di Brisbane.

“Kayuhan tidak seberapa kuat dan pecutan tidak di tahap terbaik. Tetapi Alhamdulillah ia sentiasa seronok untuk melengkapkan podium. Terima kasih banyak kepada persatuan berbasikal Australia kerana sudi menjadikan kami sebahagian daripada kejohanan berprestij ini,” kata Shah Firdaus dalam hantarannya di media sosial,” Muhammad Shah Firdaus Sahrom / Pelumba Basikal Negara

Dalam edisi terdahulu pada Disember, Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima dalam acara pecut namun mengungguli acara keirin selepas Mohd Azizulhasni muncul juara manakala rakannya itu meraih gangsa.

Menerusi laman Facebook beliau, Azizulhasni meluahkan rasa gembira atas pencapaiannya meraih pingat perak dan rasa bangga dengan persembahan hebat oleh rakan senegaranya, Shah Firdaus.

“Tiada kata-kata yang boleh mengambarkan acara akhir keirin hari ini tetapi persembahan hebat. Kayuhan yang baik oleh Shah Firdaus yang menampilkan taktik sempurna pada perlumbaan akhir dan saya tidak boleh lebih gembira dengan pingat perak hari ini. Pelumba muda ini adalah versi Lee Zii Jia (badminton) dalam acara berbasikal trek,” – Pelumba Basikal Negara / Azizulhasni Awang

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button