InspirasiSemasa

Pengorbanan MAPIM mendapat penghargaan pihak polis

KAJANG : Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah  barisan hadapan yang sentiasa bersedia berkhidmat dalam menjaga keamanan negara tanpa mengira waktu.

Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka, 25 Mac setiap tahun telah digazetkan sebagai Sambutan Hari Polis di seluruh negara.

Tahun ini, Sambutan Hari Polis yang ke-215 berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dengan  tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Dalam majlis sambutan itu, pihak IPD Kajang turut menyampaikan sijil penghargaan buat pihak “Task Force” MAPIM atas sumbangan dan pengorbanan mereka secara Corporate Social Responsibility (CSR) yang secara tidak langsung menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan, gerak kerja pasukan polis selaras dengan pasukan “Task Force” MAPIM yang sedia berkhidmat untuk masyarakat tidak mengira waktu.

“Kami sebagai pasukan keselamatan amat mengalu-alukan sokongan daripada pada NGO untuk membantu kami dari segi kekuatan tenaga dan moral sekiranya ada bantuan dari segi kewangan atau harta benda keperluan memang sangat digalakkan.

“Terima kasih kepada pihak MAPIM atas komitmen yang cemerlang dan kerana telah membantu kami, semoga ia menjadi dorongan dan perangsang agar semangan kerjasama sebegini berterusan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemu bual Ummah Today.

Sementara itu, Mejar Bersekutu (PA) Nik Abd Aziz yang mewakili MAPIM menerima sijil penghargaan tersebut, berasa bersyukur atas penghargaan kerja-kerja dan sumbangan CSR MAPIM sepanjang berlakunya pandemik Covid-19.

“Ini adalah penghargaan yang amat bermakna buat MAPIM dan ia menjadi pemangkin semangat kepada kami untuk terus membantu ummah bersama pihak PDRM dalam memudahkan gerak kerja mereka,” katanya.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button