DuniaSemasa

Penghinaan terhadap Al-Quran berterusan di Denmark

COPENHAGEN: Penghinaan ke atas kitab suci umat Islam berterusan di Denmark, apabila seorang wanita Denmark kelahiran Iran bertindak mencemarkan salinan Al-Quran di ibu negara Copenhagen.

Firoozeh Bazrafkan mengoyakkan salinan Al-Quran di hadapan Kedutaan Iran pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Dengan mengenakan pakaian t-shirt yang bertulis perkataan: Wanita, Hidup, Kebebasan, dia berkongsi rakaman perbuatannya, mentakrifkan tindakan provokasinya sebagai ‘persembahan seni’.

Firoozeh Bazrafkan dalam kenyataan medianya di media sosial menulis kononnya mendedikasikan persembahannya kepada wanita dan lelaki Iran yang berani yang terus menentang rejim yang menindas. Selain itu, dia menyuarakan penghormatannya kepada rakyat dan ahli politik di seluruh dunia yang menyokong usaha rakyat Iran untuk kehidupan yang bermaruah. Dia beranggapan, kehidupan bermaruah merangkumi kebebasan individu untuk menyatakan diri mereka, membuat pilihan mereka dan menjalani kehidupan mereka mengikut kepercayaan serta aspirasi mereka.

Beberapa bulan kebelakangan ini perbuatan membakar atau mencemarkan Al-Quran atau cubaan berbuat demikian oleh individu atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara Eropah utara dan Nordik berlaku semakin kerap serta meresahkan umat Islam di seluruh dunia.

BACA JUGA
Islamofobia: Dengan berselawat, akan selesai semua masalah

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button