Semasa

Penggunaan logo LHDN tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan undang-undang

PUTRAJAYA : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan logo atau rujukan kepada LHDNM di media sosial, risalah, atau mana-mana bahan bercetak dan penerbitan tanpa kebenaran.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan memandang serius terhadap penyalahgunaan logo atau rujukan tersebut di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Secara amnya, penyalahgunaan logo atau rujukan kepada LHDNM merupakan satu kesalahan yang diperuntukkan di bawah Bahagian 1, Jadual 1, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak wajar) 1963 [Akta 414].

“Sehubungan dengan itu, LHDNM ingin menegaskan bahawa tiada sebarang penggunaa logo atau rujukan kepada LHDNM boleh dilakukan tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, LHDNM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa terhadap pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan tersebut.

Oleh Hafeez Anuar

 

 

Related Articles

Back to top button