RIYADH: Pakatan yang diketuai Arab Saudi pada Sabtu, menafikan dakwaan terhadap pihak mereka tentang serangan udara yang dilakukan ke atas penjara dikuasai pemberontak di utara Yaman.
Dalam serangan itu, membabitkan sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh.
Menurut jurucakap pakatan, Turki al-Malki, yang dipetik Saudi Press Agency, laporan mengenai sasaran pusat tahanan di kawasan pusat pemberontak di utara Saada pada Jumaat adalah tidak berasas.
Dalam laporan awal, sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam serangan udara ke atas penjara pada Jumaat, semalam ketika konflik berpanjangan Yaman.
Serangan udara itu sehingga mendapat kecaman Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
Pemberontak Huthi mengeluarkan rakaman video mengerikan, menunjukkan mayat yang hancur di dalam runtuhan akibat serangan itu, sehingga memusnahkan bangunan penjara di kawasan mereka di Saada. – AFP
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today