DuniaSemasa

Pengawal Pantai Filipina mengusir kapal tempur China

konfik berterusan

MANILA : Pasukan pengawal pantai Filipina telah berjaya mengusir sebuah kapal tempur China di Laut China Selatan.

Memetik berita BNN Bloomberg, sebuah kapal tempur China telah dikesan di Tebing Marie Louise, wilayah barat perairan Filipna.

Pasukan pengawal pantai Filipina pada mulanya memberi amaran lisah kepada kapal tersebut dan kapal tersebut mula meninggalkan perairan tersebut,

Laporan tersebut menandai ketegangan terbaru antara Filipina dan China di perairan yang kaya sumber daya tersebut. Baca juga:

Melalui hubungan radio, kapal China tersebut memperkenalkan diri mereka sebagai Kapal Tempur Angkatan Laut China 189. Ia kemudian meminta kapal Filipina yang mengekorinya supaya menjaga jarak.

Sebelumnya, China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan sebagai miliknya. Tuntutan itu ditolah oleh masyarakat antarabangsa.

Filipina telah berulang kali membantah kehadiran kapal China di perairan mereka, dan bantahan itu disokong oleh Amerika Syarikat.

Sementara itu, Beijung mengatakan tindakan mereka di Laut China Selatan adalah sah. Ketegangan terbaru ini menandakan bahawa konflik di Laut China Selatan akan berlarutan panjang.

Related Articles

Back to top button