Covid19Semasa

COVID-19 : 10,972 kes positif baharu

PUTRAJAYA : Kes positif Covid-19 di Malaysia mencatatkan 10,972 pada hari ini. Ia mencatatkan sedikit peningkatan berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 927,533 kes.

Menurut beliau, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu dengan mencatatkan 4,404 kes dan diikuti Negeri Sembilan dengan 1,340 kes.

Johor mencatatkan 876 kes manakala Kedah (705), Sabah (651), Kuala Lumpur (604), Pahang (475), Melaka (474), Pulau Pinang (426), Perak (324), Sarawak (301), Kelantan (170) dan Terengganu 144.

Selain itu, Putrajaya 48, Labuan (24) dan Perlis merekodkan satu kes sahaja.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button