PalestinSemasa

Peneroka israel bertindak kejam terhadap rakyat Palestin

HEBRON: Seorang bapa bersama anak lelakinya mengalami kecederaan dalam serangan peneroka di Masafer Yatta, selatan bandar Hebron, Tebing Barat yang diduduki, menurut seorang aktivis tempatan.

Fuad al-‘Amour berkata sekumpulan peneroka menyerang seorang lelaki Palestin dan keluarganya di kawasan Beir al-‘Ad, memukul mereka dengan kejam dan membaling batu ke arah mereka, menyebabkan luka serta lebam di seluruh badan.

Kedua-dua mangsa telah dipindahkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Penyerang datang dari penempatan penjajah haram Mitzpe Yair, yang terletak di timur Yatta.

Keganasan peneroka terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka adalah rutin di Tebing Barat yang jarang didakwa oleh pihak berkuasa israel.

Keganasan peneroka termasuk pembakaran harta benda, masjid, melontar batu, mencabut tanaman, serangan ke atas rumah yang terdedah dan banyak lagi.

Terdapat lebih 800,000 peneroka israel tinggal di penempatan penjajah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button