Penerbangan pemindahan terbesar lebih 350 orang dari Kabul ke Qatar
MOSCOW : Seramai 350 orang dibawa keluar melalui penerbangan pemindahan dari Afghanistan untuk kali kesembilan.
Ia menjadikan antara penerbangan yang penumpang paling ramai dalam menuju ke Doha termasuk tenaga pengajar dan penuntut dari Universiti Amerika Afghanistan.
Menurut pegawai itu, angka sebenar penumpang warga Amerika masih belum jelas.
Selain itu pesawat berkenaan turut membawa warga Afghanistan, Belanda, Denmark dan Australia dan akan tinggal sementara di Doha, Qatar sebelum berlepas ke destinasi masing-masing.
Awal bulan ini Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan hasrat AS untuk meneruskan penerbangan pemindahan dari Afghanistan menjelang akhir tahun ini. Jabatan Negara AS akan mengatur penerbangan ke Qatar.
Sejak pengambil alihan kerajaan oleh Taliban pada 15 Ogos lalu, ratusan orang bergegas ke lapangan terbang untuk melarikan diri kerana takut peristiwa hitam mereka bakal berulang kembali.
Ketika warga asing dan rakyat Afghanistan yang membantu tentera asing untuk meninggalkan negara itu, lapangan terbang berkenaan digegarkan oleh serangan pengganas yang dilakukan sekutu tempatan kumpulan pengganas ISIS atau Daesh.
Menurut Kementerian Luar Qatar, sekitar 114,000 orang telah meninggalkan Afghanistan melalui penerbangan pemindahan, dengan lebih 58,000 daripadanya melalui Qatar.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar