DomestikSemasa

Penduduk Perumahan Awam Sri Kota lega boleh lakukan pemeriksaan kesihatan percuma

Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan usaha sama Majils Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk di kawasan Perumahan Awam Sri Kota.


Program yang berlangsung sejak jam 10 pagi itu mencatatkan lebih 60 pesakit, melibatkan pelbagai peringkat umur dan juga bangsa.

Petugas-petugas yang membantu sepanjang program berlangsung terdiri daripada kumpulan sukarelawan MAPIM Malaysia sendiri dan dua kakitangan bahagian rawatan dan perubatan.


Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Sri Kota, Norimah Mohamad, berkata Program Mobile Clinic ini sebagai langkah kanan buat penduduk.

Beliau mengatakan, kebanyakan penduduk di kawasan ini merupakan golongan B40, dan warga emas.

” Terima Kasih diucapkan kepada MAIWP dan MAPIM yang sudi hadir ke kawasan perumahan kami, sama-sama menyantuni golongan asnaf di sini, di harap program seperti ini dapat diteruskan lagi,”katanya,

Menurut pesakit Chai Keng Fatt, beliau berasa lega apabila dapat tahu ada pemeriksaan percuma pada hari ini, disamping dapat mengambil ubat secara percuma.

Tambahnya lagi, pengurusan Mobile clinic ini begitu cepat, jadi penduduk tidak perlu menunggu lama untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button