PalestinSemasa

Penduduk israel menyerang sukarelawan asing ketika membantu seorang petani Palestin berhampiran Bethlehem

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

BETHLEHEM : Penduduk israel menyerang sukarelawan yang membantu seorang petani Palestin menuai hasil tanaman zaitunnya di kampung Kisan, timur Bethlehem, menurut pemilik tanah Ibrahim Ibayyat.

Menurutnya, penduduk israel itu menyerang dan menikam sukarelawan itu di belakang dan menyebabkan kakinya patah. 

Tambahnya, mereka juga mencabut lebih 300 anak pokok zaitun yang ditanamnya dan menyembur pokok zaitun dengan racun perosak.

Kisan, sama seperti kebanyakan perkampungan Palestin lain yang terletak berhampiran penempatan haram israel, berada di bawah kekuasaan tentera, terutamanya semasa musim menuai zaitun. Penduduk israel mengusir mereka keluar dari tanah, mencuri tanaman, membakar serta mencabut pokok zaitun. 

Di kampung Jamaeen, selatan bandar Nablus di Tebing Barat utara, israel menyerang penuai zaitun dengan membaling batu ke arah mereka dan memaksa meninggalkan tanah, menurut Ghassan Daghlas, seorang pegawai tempatan.

Sukarelawan daripada kumpulan Faza’a, terdiri daripada sukarelawan Palestin dan asing pergi ke kampung di Tebing Barat bagi melindungi mereka daripada serangan israel. Penduduk israel sentiasa mengambil kesempatan menyerang petani-petani yang berseorangan.

MASA UNTUK BERTINDAK!

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan.

Klik :

http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button