MOSCOW: Beberapa penduduk Islam yang ditahan di sebuah masjid di bandar Mariupol, Ukraine, telah berjaya dibebaskan dan diselamatkan oleh tentera Russia kata, jurucakap Kementerian Pertahanannya, Igor Kanoshenkov.
Katanya, penduduk Islam tersebut ditahan oleh pasukan bersenjata yang dikenali sebagai Nazi Ukraine ketika mereka sedang berada di masjid.
Tambahnya lagi, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta operasi pembebasan itu dilakukan.
Mengikut laporan Sputnik, sabtu lalu satu operasi ketenteraan dilakukan di daerah Primorsky bagi membebaskan tebusan yang ditahan oleh anggota Nazi Ukraine di masjid berkenaan.
Masjid itu dibuka semula dan seramai 29 militan termasuk askar upahan asing telah terbunuh hasil daripada operasi tersebut.
“Semua tebusan, penduduk salah sebuah Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), dibebaskan dan dibawa ke tempat yang selamat,” katanya.
Terdapat sebuah masjid di daerah Primorsky, yang diberi nama Sultan Suleiman yang merupakan bekas pemerintah Turki.
Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari dengan alasan bertindak untuk mempertahankan dua wilayah pemisah di timur Ukraine, Donetsk dan Lugansk.
Tujuan operasi itu dilancarkan adalah untuk ‘melucutkan senjata’ Ukraine dan menahan pemimpin neo-Nazi kata Russia.
Malah, Russia turut menafikan tenteranya menyasarkan orang awam dalam siri serangan berkenaan.
Nazi Ukraine merupakan gelaran yang diberikan oleh Batallion Azov Ukraine yang menentang tentera Russia.
– AGENSI
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today