DomestikKesihatanSemasa

Penduduk Danau Kota bersyukur terima rawatan percuma

Kuala Lumpur – Program Mobile Clinic diteruskan lagi pada hari kedua di Surau Al- Ehsaniah, Flat Danau Kota, Setapak bagi menyantuni penduduk di situ khususnya golongan asnaf dan warga emas.

Program hasil usahasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia mendapat sambutan yang mengalakkan sepanjang 2 hari program ini dilaksanakan apabila penduduk menghadiri program ini yang melakukan pemeriksaan kesihatan percuma.

Kehadiran penduduk untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma mencatatkan hampir 30 orang pesakit menjelang waktu tengah hari.

Menurut seorang pesakit yang menerima rawatan di sini, Shamsudin Hj Amat, 62,  berkata, program Mobile Clinic ini sangat bermanfaat kepada orang ramai dalam memberi rawatan kesihatan yang terbaik, selain dapat meringankan beban penduduk untuk mendapatkan ubat-ubatan.

“Program klinik bergerak ini sangat bagus untuk penduduk, mereka boleh turun di surau untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma, dan saya juga teruja dengan layanan yang diberikan oleh petugas sangat mesra dan baik hati dalam melayan penduduk disini.

“Saya juga nak berterima kasih kepada pihak MAPIM dan juga MAIWP yang melaksanakan program ini, dalam masa yang sama saya juga boleh mendapatkan ubat secara percuma di sini dan dapat meringankan beban kami”, katanya.

Program Mobile Clinic MAIWP ini berlangsung selama dua hari pada 30 dan 31 Mac 2022 yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button