Selepas menutup Masjid Ibrahimi kepada jemaah Palestin, tentera Israel membenarkan ribuan pendatang haram mengadakan konsert dan melakukan ritual mereka di masjid itu di bandar Hebron, Tebing Barat yang diduduki.
Satu video yang dikongsi di platform media sosial menunjukkan tentera Israel membenarkan pendatang tersebut membawa beberapa alat muzik ke dalam Masjid.
Rakaman tersebut, yang mungkin diambil oleh pendatang Israel atau tentera, juga menunjukkan tentera membantu membawa beberapa peralatan ke dalam tempat ibadat tersebut.
Pengarah Masjid Moataz Abu Sneineh berkata bahawa pendatang Israel mengadakan konsert di halaman Masjid telah membuat pelanggaran terang-terangan terhadap tempat ibadat dan privasi umat Islam.
“Pelanggaran ini terjadi kerana pasukan pendudukan membenarkan mereka membawa alat muzik dan pembesar suara ke masjid dan persekitarannya, padaketika rakyat Palestin tidak dibenarkan membawa barangan yang diperlukan untuk penyelenggaraan dan pemulihan Masjid,” katanya kepada agensi berita rasmi Wafa.
Masjid dibuka kepada jemaah Palestin awal pagi Selasa, menurut Wafa.
Kepentingan Masjid
Umat Islam memberi keutamaan kepada Masjid Ibrahimi, kerana mereka percaya ia dibina di atas makam Nabi Ibrahim (Abraham).
Selepas pembunuhan 29 jemaah Palestin pada tahun 1994 di dalam masjid oleh pendatang ekstremis Yahudi, Baruch Goldstein, pihak berkuasa Israel membahagikan kompleks Masjid antara jemaah Muslim dan Yahudi.
Jawatan Kuasa Warisan Dunia UNESCO memutuskan pada Julai 2017 untuk memasukkan Masjid Ibrahimi dan bandar lama Hebron dalam Senarai Warisan Dunia.
Hebron adalah rumah kepada kira-kira 220,000 rakyat Palestin dan sekitar 500 pendatang haram Israel. Yang tinggal di beberapa kawasan eksklusif Yahudi yang dikawal ketat oleh tentera Israel.
Ketegangan telah meningkat di seluruh Tebing Barat yang diduduki ekoran serangan Israel yang telah membunuh hampir 40,800 orang di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 682 orang telah terbunuh dan lebih daripada 5,700 yang lain cedera akibat tembakan Israel di Tebing Barat yang diduduki, menurut angka Palestin.
Pada 19 Julai, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pengosongan semua penempatan sedia ada di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
SUMBER: TRTWorld dan agensi