RAMALLAH: Peneroka israel membakar rumah milik rakyat Palestin di bandar Sinjil, utara Ramallah di Tebing Barat tengah, menurut sumber tempatan.
Saksi memberitahu WAFA bahawa pemilik rumah, Ahmad Maher Awashreh, 35, dan keluarganya, termasuk kanak-kanak, bernasib baik kerana ditarik keluar hidup-hidup selepas empat peneroka israel membaling botol pembakar ke dalam rumah pada tengah malam.
A young Palestinian girl describes how the Israeli settlers attacked and burned her family's house in the village of Sinjil, near Ramallah. pic.twitter.com/ETOwqfMpOK
— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) March 26, 2023
Awasreh memberitahu bahawa anak-anaknya dan dia terselamat daripada serangan pengganas itu atas bantuan ratusan penduduk tempatan yang bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mereka sebelum api merebak ke seluruh rumah.
Ini merupakan gelombang keganasan baru peneroka yang menyasarkan masyarakat Palestin di Tebing Barat.
Peneroka israel membaling batu ke arah kenderaan Palestin menyebabkan kerosakan pada sebahagian daripada mereka berhampiran perkampungan Deir Sharaf, di barat Nablus, dan menghalang persimpangan di utara Lembah Jordan, menurut sumber tempatan.
lsraeli colonial settlers burn a Palestinian-owned house in Sinjil, north of Ramallah. pic.twitter.com/3uihg0SH35
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) March 26, 2023
Keganasan peneroka israel terhadap rakyat Palestin dan harta mereka adalah perkara biasa di Tebing Barat dan jarang didakwa oleh pihak berkuasa israel.
Terdapat lebih 650,000 peneroka israel secara haram menduduki bahagian Tebing Barat dan melanggar undang-undang antarabangsa serta norma yang ditetapkan mengenai larangan pemindahan penduduk awam kuasa pendudukan ke tanah yang diduduki.
BACA JUGA
Kem mangsa gempa di Syria musnah akibat banjir
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia