DuniaSemasa

Pemergian yang dicemburui, Ustazah Taslimah meninggal dunia saat pimpin tahlil, khatam Al-Quran

JAKARTA : إنا لله وإنا إليه راجعون

Detik seorang ustazah meninggal dunia ketika sedang memimpin program tahlil dan khatam Al-Quran mengundang sayu warganet dan menganggap ia satu kematian yang dicemburui.

Memetik laporan CNN Indonesia, kejadian yang berlaku di Masjid As Syafiiyah, Jalan Al Barkah, Tebet, Jakarta Selatan, semalam disahkan pihak pengurusan Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid.

Ia turut disiarkan secara langsung di Youtube Assalam TV yang menunjukkan Taslimah sedang membaca ayat 5 hingga 6 Surah Al-Baqarah.

Ketika membaca ayat 6, suara Ustazah Taslimah kedengaran tersekat-sekat namun tetap meneruskan bacaannya sebelum tiba-tiba terjatuh ke belakang.

Situasi tersebut menyebabkan jemaah wanita lain yang mengikuti program itu terkejut lalu dengan pantas berusaha cuba untuk membantunya.

“Allahyarhamah meninggal dunia pada jam 7.30 pagi. Beliau tengah bertugas membaca khatam al-Quran dan tahlil. Saat baca satu ayat al-Quran, di situ suaranya mulai semakin lemah tapi tetap terus mencuba,” kata Alwy kepada CNN Indonesia.

Dalam pada itu, menurut Alwy, Taslimah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit ketika tiba di Masjid As Syafiiyah sebelum jam 6 pagi.

“Pada awalnya jemaah fikir Ustazah Taslimah pengsan dan berusaha membawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button