JENIN: Badan Amal Perubatan Antarabangsa ‘Doctors Without Borders‘ (Medecins Sans Frontieres atau MSF) menggesa agar petugas kesihatan dijamin mendapat akses tanpa halangan kepada mereka yang memerlukan rawatan perubatan di Jenin, di tengah-tengah serbuan paling ganas tentera rejim israel terutamanya penghuni lebih 20 tahun kem pelarian di bandar itu.
Menurut organisasi berkenaan, semua jalan menuju ke kem pelarian Jenin telah disekat oleh tentera zionis sepanjang operasi ketenteraan walaupun terdapat pesakit yang memerlukan rawatan mendesak di dalam kem pelarian.
“Selain membunuh dan mencederakan penduduk dengan kejam, operasi ketenteraan ini juga telah menjejaskan struktur kesihatan dan menghalang tindak balas bantuan perubatan kecemasan,” kata organisasi itu dalam satu kenyataan.
“Jentolak tentera Israel memusnahkan banyak jalan menuju ke kem pelarian Jenin, menjadikannya hampir mustahil untuk ambulans sampai kepada pesakit,” tegas MSF.
“Selain itu, pasukan paramedik Palestin terpaksa berjalan kaki untuk berhubung dengan mereka yang memerlukan rawatan perubatan terdesak di kawasan dengan tembakan masih aktif termasuk serangan dron,” tambahnya.
lsraeli occupation forces injure more than 120 Palestinians since the beginning of the lsraeli aggression on Jenin. More than 20 injuries are critical, hanging between life and death at the local hospitals in Jenin amidst a deliberate lsraeli power cut. pic.twitter.com/CFm5j8IA1V
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) July 4, 2023
Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila turut menyelar tentera rejim kerana menghalang petugas perubatan daripada memasuki kem pelarian untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital, manakala Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin merayu diberikan laluan yang dijamin selamat untuk memindahkan mangsa yang cedera dari kem.
“Ambulans sukar untuk membawa mangsa yang cedera“, keluh seorang pemandu ambulans.
lsraeli occupation forces invade houses in Jenin, terrorizing its residents. pic.twitter.com/CDO1g72R8o
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) July 4, 2023
Sementara itu, dalam satu kenyataan, anggota kanan Jihad Islam di Gaza, Daoud Shihab, memberi amaran bahawa lebih banyak kesengsaraan akan terjadi andai pencerobohan tidak dihentikan, sambil menyeru pengantara, termasuk Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, untuk campur tangan segera sebelum terlambat.
Di Gaza City, puluhan umat Islam mengibarkan bendera Palestin di dataran Unknown Soldier untuk membantah operasi ganas ketenteraan israel di Jenin.
Terrified Palestinian child talks about how the lsraeli warplanes bombed their neighbour house in Jenin camp. pic.twitter.com/w7Qf7BlBSE
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) July 4, 2023
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia