DuniaSemasa

Pembantaian Jenin: Malaysia kutuk serangan rejim israel

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan israel ke atas Jenin iaitu Wilayah Palestin yang dicerobohi oleh rejim itu di Tebing Barat.

Wisma Putra dalam satu kenyataan menggesa pihak israel menghentikan segera pertumpahan darah serta membenarkan akses kepada penduduk Jenin meliputi perkhidmatan kemanusiaan dan penjagaan kesihatan.

Kredit foto PalpostN

Malaysia juga sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan anggota komuniti antarabangsa agar mendesak rejim israel menghentikan jenayah kejinya terhadap kemanusiaan serta dasar aparteid ke atas penduduk Palestin demi keamanan dan kestabilan sejagat.

Tegas Wisma Putra, Malaysia terus kekal dengan pendirian bahawa penduduk Palestin berhak mendapat kemerdekaan dan sebuah negara yang berdaulat berdasarkan perjanjian sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Kredit foto Times of Gaza

Menurut kenyataan itu, peningkatan keganasan telah memburukkan lagi keadaan di Jenin dan banyak nyawa yang terkorban disebabkan oleh tindakan agresif israel.

“Provokasi, tindakan agresif dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim israel adalah pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta kemanusiaan“, tambah kenyataan itu.

Tempoh 48 jam pencerobohan besar-besaran rejim israel ke atas kem Jenin, pasukan penceroboh zionis itu hari ini berundur selepas membunuh 12 rakyat, mengebom berpuluh-puluh bangunan, memusnahkan infrastruktur kem, menzalimi wanita dan kanak-kanak serta mengusir mereka dari kediaman mereka.

BACA JUGA
Pembantaian Jenin: Sejarah berulang, serangan terkutuk di kem pelarian Palestin

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button