DuniaSemasa

Gaza diberi nafas baharu bermula Oktober

GAZA : Pembangunan semula Gaza merupakan nafas baharu buat penduduk tempatan apabila  kediaman mereka musnah akibat serangan Israel pada Mei lalu.

Pembaikan semula rumah dan bangunan akan bermula pada minggu pertama Oktober menggunakan bantuan dari Qatar.

Menurut barisan pemerintahan Gaza yang dikendalikan Hamas berkata, serangan udara Israel selama 11 hari tersebut telah memusnahkan kira-kira 2,200 rumah dan merosakkan 37,000 yang lain.

Timbalan Menteri Perumahan dan Pekerjaan Awam di Gaza, Naji Sarhan, berkata, kira-kira 1,800 rumah yang musnah atau rosak akan dibina semula pada fasa pertama.

Tambah beliau, Israel telah menarik balik beberapa sekatan berkaitan keluli dan simen untuk memasuki wilayah tersebut sejak beberapa hari lalu.

Minggu lalu, Mesir mula memperbaiki jalan pesisir utama Gaza yang merupakan sebahagian daripada rancangan lebih luas untuk memperbaiki infrastruktur Gaza.

Pegawai Palestin berkata, seramai 250 orang, termasuk 66 kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza.

Usai gencatan senjata pada 21 Mei, akses ke  dana dan bahan-bahan pembinaan semula menjadi permintaan utama Hamas.

Israel mengehadkan bahan binaan memasuki wilayah itu, mengatakan Hamas menggunakannya untuk membina senjata bagi melakukan serangan.

Tetapi setelah mengadakan perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Qatar, Israel membenarkan sekitar AS$20 juta bantuan dari negara teluk untuk memasuki Gaza bulan ini.

Pegawai Gaza menganggarkan memerlukan AS$479 juta untuk membina semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam pertempuran Mei.

Qatar dan Mesir masing-masing berjanji AS$500 juta untuk pembinaan semula Gaza.

REUTERS

Disunting oleh Nurshazlin Shahrom

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button