DomestikSemasa

Misi Ummah Bantu Ummah zahir peranan masyarakat bantu membantu saat dalam sukar

Susulan peningkatan kes kemurungan, bunuh diri yang membimbangkan.

BANGI : Kesan penularan wabak pandemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin membimbangkan apabila jumlah kes bunuh diri meningkat kepada 631 kes berbanding 609 kes pada 2019.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tiga bulan pertama 2021.

Prihatin terhadap keluhan masyarakat yang terkesan dengan keadaan semasa, Majlis perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) melancarkan kempen Ummah Bantu Ummah.

Disertakan slogan ‘Allah Jaga Kita, Kita Cinta Negara’, kempen ini bertujuan meringankan beban rakyat terutama mereka yang telah kehilangan punca pendapatan susulan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sebagai sahutan kepada seruan #BenderaPutih, MAPIM menasihatkan orang ramai yang ternampak kibaran bendera putih supaya mengambil gambar dan ajukan alamat kepada talian bantuan MAPIM.

Kempen Ummah Bantu Ummah inisiatif MAPIM bantu rakyat Malaysia yang terkesan.
Kenali Simptom Kemurungan dan Cara Mengatasinya

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di laman Facebook semalam, berkata jika masalah kemurungan gagal ditangani dengan baik, ia akan meningkatkan risiko bunuh diri.

Katanya, antara tanda-tanda awal kemurungan termasuk kelihatan sedih, hilang minat terhadap aktiviti yang sering dilakukan, kesukaran untuk menumpukan perhartian serta sentiasa mengasingkan diri daripada keluaraga dan rakan-rakan.

Selain itu, hilang selera makan, sukar untuk tidur, bertindak agresif, serta terjerumus kepada alkohol dan dadah juga termasuk sebagai simptom awal kemurungan.

Tiada selera makan, sukar tidur, bertindak agresif kepada diri sendiri dan orang sekeliling, serta terjerumus salah guna alkohol dan dadah juga termasuk simptom awal kemurungan.

Justeru, masyarakat dinasihatkan lebih peka dan prihatin terutama terhadap ahli keluarga atau orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku ini.

Orang ramai juga digalakkan berkomunikasi dengan individu yang menghidapi kemurungan bagi membantu mengurankan tekanan mereka.

Ini termasuk mengambil serius mengenai masalah yang dialami; meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka dan tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka.

KKM turut menggesa orang ramai termasuk pihak media supaya memainkan perana dalam menyebarkan maklumat tepat dan mematuhi Garis Panduan Pelaporan Media Yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit KKM tentang tingkah laku bunuh diri.
Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Kemanusiaan MAPIM Malaysia,
(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Isunya sekarang bukan sekadar perut yang minta diisi, tetapi yang lebih membimbangkan, jiwa dan mental rakyat yang sudah penat dan terbeban. Ini sangat merisaukan kami di MAPIM Malaysia. Ia bukan perkara yang nampak seperti luka di tangan. Ia sesuatu yang hanya nampak apabila ia sedang berlaku ataupun sudah berlaku. Ini memang menakutkan. MAPIM belum mampu menyelesaikan isu kemurungan dan seumpamanya, tetapi MAPIM berusaha meringankan beban agar punca-punca yang menyebabkan isu tersebut dapat dikurangkan, seperti memberi bantuan makanan. MAPIM juga berharap dapat bekerjasama dengan mana-mana yang pihak yang ada kepakaran dalam menangani isu kemurungan. Sekiranya perlu, MAPIM boleh mengerakkan aset Ummah Mobile Clinic untuk urusan tersebut.”

Dalam hal berkaitan, MAPIM Malaysia sudah menyediakan 10,000 ribu kotak bantuan makanan dalam Misi Khas Bantuan Dalam Negara. Namun ia masih belum mencukupi. MAPIM Malaysia mengharapkan dan merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi membolehkan lebih ramai yang dapat dibantu.
Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom/ Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) 
_________________________________________________________

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh menerusi

Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button