Pembaharuan lesen memandu, cukai jalan di pejabat pos dibuka semula esok
KUALA LUMPUR : Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos mulai esok secara janji temu bagi mengelakkan kesesakan.
Pos Malaysia dalam satu kenyataan semalam memberitahu janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di laman web rasmi mereka www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai hari ini dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat post dan klik pada pautan yang tersedia.
“Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalnkan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu.
“Para pelanggan diminta untuk patuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal satu meter ketika mengunjungi premis kami dan elakkan daripada mengunjungi pejabat pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala Covid-19,” katanya.
Untuk sebarang sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi menerusi AskPos di www.pos.com.my mereka atau superti yang tertera di skrin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia.
Oleh Hafeez Anuar