BanjirSemasa

Pemantauan kawasan ‘hotspot’ banjir di Mersing dijalankan

MERSING: Anggota Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Mersing, Johor telah turun ke lokasi untuk membuat pemantauan dan penilaian risiko ke beberapa kawasan yang dinaiki air.

Jabatan Pengurusan Bencana Daerah Mersing telah bersama-sama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Mersing serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turun ke kawasan ‘hotspot’ banjir di daerah Mersing.

Kredit foto FB APM Mersing

Tujuan pemantauan dan tinjauan ini dilakukan adalah kerana hujan lebat yang turun secara berterusan di kawasan-kawasan yang dinaiki air dan bagi memantau kawasan yang sering dilanda banjir.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kali ini memberikan tumpuan kepada semua negeri dalam mendepani bencana yang dibawa musim tengkujuh.

Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA Datuk Khairul Shahril Idris berkata, persiapan dibuat dari peringkat teratas hingga ke tahap komuniti untuk dipersiapkan dengan aset dan kemahiran yang diperlukan.


“Berdasarkan pengalaman yang lepas, kini, kita telah memberikan tumpuan yang lebih kepada semua negeri untuk bersiap sedia menghadapi bencana banjir walaupun sesetengah negeri tidak begitu terkesan apabila berlakunya monsun timur laut,” jelasnya.
Berikutan hujan yang berterusan di daerah Mersing, rumah penduduk di Kampung Air Tawar dan Teluk Buih telah dinaiki air namun rumah tersebut disahkan tiada penghuni.BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi


TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia

 

Related Articles

Back to top button