Semasa

Suhu Greenland naik berikutan pemanasan global

GREENLAND : Pemanasan global dilihat telah meninggalkan kesan apabila suhu di Greenland telah melonjak baru-baru ini.

Menurut Institut Meteorologi Danis (DMI), suhu di Nukk, ibu kota Greenland, telah mencecah 13 darjah Celsius.

Sebelum ini, purata suhu tahunan di tapak yang sama adalah antara -5 hingga 3 darjah Celsius.

Suhu di bahagian utara Qaanaaq mencapai 8 darjah Celsius, dengan purata suhu tahunan -20 hingga 1 darjah Celsius.

DMI masih belum dapat menyimpulkan sama ada lonjakan suhu itu memecahkan rekod tertentu ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, mereka mengatakan bahawa kejadian itu dikaitkan dengan fenomena cuaca foehn.

Pasukan kajian mengaitkan peningkatan suhu di Greenland kepada pemanasan global dalam penemuan mereka.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa bahawa fenomena ini telah berlaku serentak di kawasan yang begitu besar untuk masa yang lama.”

“Apa yang kita lihat sekarang ialah pemanasan global menyokong peningkatan suhu di Greenland,” tambah DMI.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button