DuniaInspirasiSemasa

Pemain Arsenal, Thomas Partey dilaporkan peluk agama Islam

LONDON: Selepas mempelajari ajaran agama Islam selama beberapa bulan, akhirnya pemain tengah Ghana dan Arsenal, Thomas Partey terbuka hati memeluk Islam.

Partey, 28, berita mengenai perkara tersebut sedang hangat diperkatakan di media sosial meskipun pemain tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin itu.

Gambar Partey telah tular di laman Twitter yang menunjukkan beliau bersama Imam Sheikh Muhammad al-Azhari di Pusat Islam, di sini sambil memegang al-Quran.

Partey dikatakan tertarik dengan agama Islam selepas menjalin hubungan dengan perempuan berasal dari Maghribi.

Untuk rekod, Partey memulakan karier sebagai pemain bola sepak dengan menyertai Akademi Atletico Madrid dan merekodkan penampilan sulungnya dalam skuad utama Atletico Madrid ketika menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara musim 2015/2016.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button