Pelupusan Al-Quran ambil masa enam bulan

PUTRAJAYA : Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam di Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur, memerlukan enam bulan lagi untuk melupuskan semua al-Quran yang musnah akibat banjir di Lembah Klang, pada Disember lalu.
Menurut kenyataan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), pusat itu telah melupuskan 5,356.72 kilogram helaian al-Quran yang rosak akibat banjir.
“Baki al-Quran yang belum lupus sukar dikira kerana ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum ditimbang.
“Buat masa ini pekerja perlu mengasingkan helaian al-Quran untuk proses pengeringan sebelum dibakar,” jelasnya.
Beliau seterusnya berkata, susulan pengasingan itu, kumpulannya mendapati beberapa bahan dan dokumen yang diterima adalah bacaan buku berbanding naskhah al-Quran.
Menurut Jawi, seramai 12 sukarelawan Jawi berada di lokasi bagi meneruskan proses pelupusan al-Quran seperti biasa.
-AGENSI