Pelajar IPT dan kakitangan universiti perlu ambil vaksin segera
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
PUTRAJAYA : Pelajar dan kakitangan institut pengajian tinggi (IPT) diminta segera mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kementerian berkenaan dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang giat melaksanakan Program VACC2Campus bagi meningkatkan jumlah warga IPT yang mendapat vaksinasi lengkap sebelum kampus dibuka.
“Warga IPT boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ di mana-mana pusat pemberian vaksin dengan hanya perlu bawa kad pelajar, kad pekerja dan kad pengenalan atau pasport,” katanya dalam ucapan pengumuman pengoperasian IPT pada Selasa.
Menurutnya, bagi pelajar baharu, mereka perlu membawa surat tawaran kemasukan ke IPT berserta kad pengenalan atau pasport.
“KPT mengunjurkan 100 peratus kakitangan dan pelajar IPT yang boleh mendapat vaksin dan berdaftar dengan MySejahtera akan menerima suntikan vaksin lengkap menjelang hujung Oktober 2021,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 66 peratus pelajar dan 90 peratus kakitangan IPT telah lengkap divaksin.
Sumber asal Sinar Harian