TEBING BARAT : [VIDEO] Muna Al-Kurd, 23, gadis yang sangat lantang mendedahkan kekejaman tentera Israel di Sheikh Jarrah sehingga akhirnya diketahui oleh dunia telah ditangkap Israel. Shehab Agency, melaporkan bapa Muna, Nabil Al Kurd berkata polis Israel melakukan serbuan ke rumah mereka dan memerintahkan Mohamad menyerah diri.
Israeli occupation soldiers have arrested #Muna_AlKurd recently from her house in #SheikhJarrah neighborhood. #Muna is an activist on social media trying to allow everyone knows the real fact about Palestine.#SaveSheikhJarrah #منى_الكرد#Israeliterrorism pic.twitter.com/QNE3flgUdV
— مُخـتلِف ???????? (@different_ahm) June 6, 2021
Berita penahanan Muna dilaporkan oleh kebanyakan media seperti Shehab Agency, AJ Plus dan sebagainya.
Nabil Al-Kurd juga berkata polis sedang menjejaki anak lelakinya. Mohamad.
Muna, adalah antara srikandi yang memperjuangkan haknya ke atas Sheikh Jarrah. Dalam satu temu bual dengan media Vice, Muna menegaskan hak nenek moyangnya, iaitu tanah dan rumah yang diduduki keluarganya kini adalah milik keluarganya. Namun tanah dan rumah berkenaan kini di dalam perbicaraan Mahkamah Israel untuk dirampas bersama dengan beberapa lagi rumah dan tanah milik penduduk Palestin di Sheikh Jarrah.
Pada Oktober tahun lalu, Mahkamah Israel memerintahkan pengusiran 12 keluarga Palestin dari kawasan kejiranan Sheikh Jarrah dan semua hartanah milik diserahkan kepada pendatang Yahudi. Sudahlah tanah mereka diambil mereka diperintahkan juga membayar sejumlah $20,000 bagi bil-bil urusan mahkamah.