Pertempuran sengit berterusan antara tentera israel dan kumpulan pejuang Palestin di bahagian timur bandar Rafah di selatan Gaza.
Pesawat pejuang dan artileri israel turut mensasarkan ibu pejabat perbandaran, berhampiran sempadan dengan Mesir dan rumah, mengakibatkan ramai terkorban, lapor Agensi Anadolu.
Sayap tentera Hamas kumpulan penentang Palestin, Briged Al-Qassam, berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka mensasarkan kereta kebal Merkava israel dengan peluru Yasin 105 dan membakarnya.
Briged itu menambah bahawa mereka terlibat dalam pertempuran dengan tentera israel yang ditempatkan di dalam sebuah bangunan di kejiranan Shouka di Rafah.
Dalam kenyataan lain, mereka berkata mereka mensasarkan tentera israel dengan peluru berpandu jarak dekat Rajoum dan peluru mortar berkaliber berat.
SUMBER : TRT World