PalestinSemasa

Pegawai kerajaan terkorban dalam serbuan di Jenin

RAMALLAH: Tentera israel telah membunuh seorang lelaki Palestin dan mencederakan yang lain semasa serbuan semalaman di kem pelarian Jenin Tebing Barat yang dijajah.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata pada hari Isnin bahawa Ashraf Mohammad Ameen Ibrahim yang berusia 37 tahun telah meninggal dunia akibat luka tembakan di dada dan perutnya.

Ibrahim adalah seorang pegawai dalam perkhidmatan perisikan Pihak Berkuasa Palestin, menurut agensi berita pihak berkuasa itu, WAFA.

Kredit Foto Twitter WAFA News Agency

Beratus-ratus penduduk menghadiri perarakan pengebumian yang diadakan untuknya beberapa jam selepas dia disahkan meninggal dunia, dan pegawai tempatan di Jenin mengumumkan mogok umum sepanjang hari.

Ibrahim adalah bekas banduan yang menghabiskan 11 tahun di penjara israel. Dia ditangkap pada 2006 dan dibebaskan pada 2012 sebelum ditangkap semula pada 2014 kemudian dibebaskan pada 2019, menurut kumpulan tahanan Palestin.

Pada 2022, tentera israel telah membunuh lebih 170 rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak, di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat yang dijajah.

Sejak awal 2023 pula, tentera israel telah membunuh sekurang-kurangnya 158 rakyat Palestin, termasuk 26 kanak-kanak, menurut Wafa. Angka kematian juga termasuk 36 rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera israel semasa serangan empat hari di Semenanjung Gaza yang dikepung dari 9 hingga 13 Mei.

BACA JUGA
Syirik adalah ibu kesalahan fikir dalam hidup manusia

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button