Semasa

PBB gesa hapuskan senjata nuklear dari dunia

NEW YORK : Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bagnsa Bersatu, Antonio Guterres menyatakan senjata nuklear mesti dihapuskan dari dunia dan memulakan era baharu dialog, keamanan dan kepercayaan.

Beliau berkata ancaman senjata nuklear menjadi fokus utama PBB sejak mula ditubuhkan, lapor Xinhua memetik ucapan Guterres semepana Hari Penghapusan Senjata Nuklear Antarabangsa pada Ahad.

“Pada 1946, di bawak resolusi yang yang disepakati di Perhimpunan Agung kali pertama menggesa penghapusan senjata atom sebagai senjata nasional dan semua senjata utama lain yang boleh mengakibatkan kemusnahan besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata meskipun jumlah senjata nuklear telah menurun sejak beebrapa dekad, sekitar 14,000 stok masih disimpan seluruh dunia.

“Inilah masa untuk menamatkannya buat selamanya, menghilangkan senjata nuklear dari dunia kita,” kata Guterres.

-BERNAMA

Related Articles

Back to top button