Semasa

PBB desak Israel untuk tidak menghalang tugas pertubuhan kemanusiaan di Palestin

GAZA: Pihak agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Persatuan Agensi Pembangunan Antarabangsa (AIDA) menggesa pihak Israel untuk membenarkan mereka melaksanakan misi kemanusiaan di Palestin.

Ini selepas, pasukan tentera Israel telah menceroboh, menggeledah dan menutup 7 premis agensi pertubuhan hak asasi manusia dan kemanusiaan di Palestin.

Menurut agensi tersebut, harta mereka telah dirampas dan dimusnahkan atas arahan tentera mereka juga diminta untuk menutup dan meninggalkan pejabat.

Berdasarkan kepada maklumat Palestine news & Info Agency, AIDA dan PBB dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak Israel tidak memberikan sebarang bukti kukuh kepada mereka yang bekerja di Wilayah Palestin untuk meninggalkan tempat tersebut.

“Kami mengulangi kenyataan November 2021 kami iaitu perundangan menentang keganasan mesti selaras dengan kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia, yang merangkumi penghormatan penuh terhadap hak kebebasan berpersatuan dan bersuara.

Hal ini menunjukkan bahawa perkara tersebut tidak boleh digunakan untuk hak asasi manusia dan kerja kemanusiaan yang sah, keluasan perundangan Anti-Keganasan Israel 2016.

Kesan terhadap anggapan tidak bersalah menimbulkan kebimbangan serius di bawah undang-undang antarabangsa.

Selain itu, relief web melaporkan agensi PBB dan AIDA menggesa Israel untuk mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh menghalang pertubuhan bukan kerajaan dan kemanusiaan daripada meneruskan kerja-kerja kritikal hak asasi manusia, kemanusiaan dan pembangunan mereka di Wilayah Palestin.

Percubaan penutupan pejabat organisasi bukan kerajaan dan kemanusiaan adalah satu siri tindakan terkini rejim Israel dalam mengehadkan lagi keupayaan hak asasi manusia.

Kerja kemanusiaan dan pembangunan di Palestin yang menjejaskan semua institusi yang bekerja untuk mempromosikan hak asasi manusia, pembangunan dan penyampaian bantuan.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button