Semasa

“Patuh undang-undang antarabangsa, hanya latihan penerbangan” – Jurucakap Kedutaan China

Patuh dan tidak ceroboh ruang udara mana-mana negara

KUALA LUMPUR : Kedutaan China di Kuala Lumpur memaklumkan 16 pesawat Tentera Udara milik China iaitu People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF) yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu semalam hanyalah sebagai melakukan rutin latihan penerbangan.

Menurut jurucakap kedutaan itu, rutin latihan itu ‘mematuhi sepenuhnya’ undang-undang antarabangsa tanpa menceroboh ruang udara mana-mana negara.

“China dan Malaysia adalah negara jiran yang baik dan China bersedia meneruskan hubungan dua hala dengan Malaysia bagi bersama-sama mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau,” – Jurucakap Kedutaan China 

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 yang terbang pada ketinggian 23,000 dan 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots.

Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

China ketika ini semakin agresif meluaskan ‘jajahannya’ di wilayah perairan yang dituntut di Laut China Selatan.

Malahan, pasukan pengawal pantai China sering memberi amaran kepada mana-mana bot atau kapal yang melalui kawasan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button